EKO KAWAL

Racun Serangga Tanaman Organik

Kalau cakap pasal serangga perosak ini, mesti kita stress, kan? Yer la kita dah tanam elok-elok, pokok bunga tengah cantik berbunga, pokok sayur tengah lebat keluarkan daun, pokok cili, pokok tomato tengah cantik berbuah, ehhhh tiber-tiber diserang serangga perosak seperti bena nie… Grrrrrrrr jer kannnn…? Grrrr tu apa? Grrrrrr tu geram la hahahahhahaa…
 

DAUN POKOK ROSAK SEBAB BENA PUTIH, KOYA,ULAT BELUNCAS, SERANGGA PEROSAK?
JANGAN DIBIAR LAMA TAU, BOLEH MATI KERING POKOK TU NANTI !

Sayang sangat!
Jangan guna racun kimia ya!

Eko Kawal kan ada, ORGANIK pulak tu. Rahsia petani  menggunakan Eko Kawal dalam pertanian yang tak ramai tahu. Memang puas hati tengok perubahan pokok selepas penggunaan Eko Kawal ni. Dah tak perlu risau nak tanam macam2 pokok dihalaman rumah kan? 

BAHAYA KE SERANGAN BENA NI?

Serangan bena putih atau whitefly ini adalah serangan yang paling pada tanaman. Tapi jika tidak dirawat, serangan ini akan menjadi satu wabak penyakit kepada pokok tersebut dan boleh mengakibatkan pokok itu kering dan mati.

Bena putih ini mampu merebak dari satu pokok ke satu pokok yang lain dengan sangat cepat.

Pengalaman mummy  sendiri, serangan dari bena putih ini bermula apabila mummy tanam pokok cili. Setelah pokok cili tersebut terkena bena, tidak lama kemudian, semua tanaman telah mendapat bena. Ini termasuklah daun salad, sawi pak choi, kailan, dan yang paling teruk di serang bena putih ini adalah bayam Brazil yang mummy kasihi…..

Di sebabkan sifat bena putih yang membiak dari bawah daun (bertelur) dan tidak mudah dilihat, menyebabkan ia sukar di lihat pada hanya luaran sahaja. Namun, apabila telur sudah menetas dan serangga telah keluar, ia akan membentuk jaringan ‘web’ seperti labah-labah. Pada peringkat ini, serangan bena putih adalah di tahap maksima, dan kebarangkalian untuk pokok itu kering dan mati adalah tinggi. pokok dihalaman rumah kan? 
 
Serangga bena putih mendapat makanan dengan menghisap zat dari pokok yang dihinggapnya. Apabila serangga ini mula membiak dan mendominasi pokok, maka makin banyaklah zat dari pokok yang di hisap oleh serangga terbabit. Hal ini akan menyebabkan pokok tidak dapat menyalurkan zat yang menyeluruh dan lama kelamaan pokok akan kehilangan zat dan mati.

KAWAL SEBELUM DIJANGKITI.

RAWAT JIKA DAH KENA!

KANDUNGAN EKO KAWAN

Eko Kawal – Racun Kulat Semulajadi – Penyembur Organik Untuk Mengawal Masalah Bena & Kulat @ Tumbuh-Tumbuhan

Ramuan: Ester Sulfat & Soda Bikarbonat

CARA PENGGUNAAN

Sembur 2 minggu sekali sebagai langkah pencegahan

Sembur 1 minggu 2-3 kali di bahagian pokok yang terkena jangkitan

saiz: botol 200 ml