
Assalamualaikum & Selamat Pagi semua…
Hari ni dah 20hb Februari 2023, kejap je masa berlalu…
Semoga rezeki kita makin bertambah…
Kesihatan makin baik…
Dapat settlekan hutang….
Orked pun makin besar dah.. dah tak baby lagi…. Mummy rindu jeritan tangisan Orked masa lapar nak susu dulu.. ![]()
![]()
![]()
Bila nengok muka Orked, mummy selalu rasa macam ni tau.. Rasa kagum dengan aturan Allah.
Bila sesuatu yang buruk berlaku pada kita, contoh macam Orked, ditinggalkan ibu padahal ibunya bawa adik-beradiknya yang lain, dia je ditinggalkan…
Kalau ikutkan dia la yang malang tu kan..?
Tapi Allah berkehendak lain…
Orked kehilangan kasih ibu tapi ditemukan kasih baru…
Sedangkan nasib ibu dan adik-beradik lain yang ibu bawa bersama tu belum tau lagi nasibnya bagaimana…
So moral of the story, sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana apa yang kita nak, belum tentu yang terbaik untuk kita.
Apa yang terbaik di mata manusia belum tentu baik sangatttttttt jauh sekali terbaekkkkkk ![]()
![]()
sebab kita ni makhluk. Kita ada limitation kita….
Redho dan sentiasa positif.
