Hai korang… Jumpa lagi. Mummy kucing sini…
Cat owner mesti pening dan susah hati jika kucing terkena cirit-biritkan? lebih-lebih lagi kalau ini pengalaman pertama korang pelihara kucing.
Pertama sekali jom kita belajar tentang najis kucing. Najis kucing yang sihat dan “normal” biasanya berwarna coklat gelap, padat (tetapi tidak keras), dan berbentuk seperti kayu balak atau nuget. Jika kucing anda mempunyai pergerakan usus yang sangat lembut atau cair selama lebih daripada satu atau dua hari, adalah penting untuk mengenal pasti punca asas, sebab cirit-birit ni kadangkala sedang menunjukkan keadaan kesihatan yang serius, malah boleh membawa maut.
(gambar sumber dari https://shop.animalbiome.com)
Punca cirit-birit selalunya disebabkan gangguan pencernaan boleh dicetuskan oleh pelbagai faktor, jadi sukar untuk mengetahui punca sebenar cirit-birit kucing anda. Berikut adalah beberapa punca cirit-birit yang paling biasa pada kucing: First sekali korang kena jauhkan makanan dari meow untuk tempoh 24 jam untuk merehatkan perut si meow kesayangan anda, macam berpuasa lah….. Walau bagaimanapun, jangan lupa bagi minum air kerana kucing perlukan air yang banyak pada watktu ni untuk elakkan dehidrasi.
Selepas puasa selama sehari barulah mula memberi kucing tersebut makan makanan berkhasiat seperti rebusan dada ayam yang dicarik-carik bersama supnya sebagai permulaan untuk perutnya menghadamkan makanan setelah mengalami cirit birit.
Susu adalah dilarang sama-sekali ketika sedang cirit-birit kerana ia akan menambahkan ketidakselesaan keada perut kucing.
Korang juga boleh memberi makanan berserat tinggi seperti labu yang direbus dahulu dicampurkan dengan makanan kucing anda setiap hari bagi membantu memejalkan najis mereka.
Kalau cik meow ok, boleh juga beri 1-2 sudu yogurt perisa natural tanpa pewarna kepada kucing anda untuk melawan bacteria jahat dalam perut kucing.
Sekiranya cirit berlarutan atau mempunyai darah di dalam najis mereka, segeralah membawa mereka bertemu vet untuk pemeriksaaan lanjut.
Sokongan emosi juga penting, jadi pastikan untuk memberikan kucing anda kasih sayang dan perhatian yang mencukupi semasa mereka melalui proses rawatan.
Itu saja.. harap perkongsian nie bermanfaat pada semua pemilik kucing yang nak tau tentang penyakit cirit-birit nie.
Dan jika korang sayangkan kucing dan nak kan usus kucing anda sihat, jom Mummy Kucing nak recomend Si Manja Power Boost nie.
Campur je ke dalam makanan derang.
Resepi Si Manja®️ialah diet tanpa bijirin (grain free) yang boleh membantu mengurangkan jumlah makanan yang tidak dihadam dalam sistem penghadaman kucing, yang boleh mengurangkan bau busuk pada sisa buangan si meow..
Selain dari tu Si Manja®️juga tingkatkan imun si meow daripada serangan penyakit kucing seperti bulu gugur, sporo, parvo, selsema, tiada selera mkn dan lain-lain.
Kandungan produk tidak mempunyai perasa tiruan, tanpa pewarna dan tanpa bahan pengawet.
Cara guna Si Manja Power Boost ni pun senang. Satu pek ada 5 sachet. Ambil 1 sachet, campurkan ke dalam balang berisi lebih kurang 500g makanan kucing, goncang2 dan beri pada kucing korang ikut sukatan seperti biasa.
Cara ni sesuai juga untuk yang pakai food feeder.
Harga bermula dari RM22.50 untuk 1 pek (5 sachet). Cukup untuk kegunaan 2.5kg kibbles. Kalau tak cukup, korang beli la 2 pek, ada promo RM35.
Walaupun harga tu murah, tapi ada banyak certification dari makmal. Cert test makmal boleh baca di website www.mummykucing.com.
Terima kasih kepada para pembaca semua. Semoga dimurahkan rezeki…
