Skip to content
Betul Ke Kucing Yang Makan Nasi, Taiknya Berbau Busuk?

 

cat eating!

Jawapannya TIDAK…!!

Nasi tak membuat taik kucing berbau busuk.

Yang membuat taik kucing berbau busuk ialah apabila kucing diberi makan makanan yang merbahayakan kesihatan mereka seperti nasi yang telah basi atau nasi yang bercampur makanan lain seperti lauk yang basi dan  telah tercemar.

Nasi yang busuk atau tercemar mengandungi bakteria atau toksin yang berbahaya bagi kucing dan mengakibatkan perut mereka sakit dan cirit-birit. Macam kita jugak la kalau makan benda basi atau yang dah tercemar tu, kita akan sakit perut pada masa tu, najis kita akan berbau lebih busuk daripada biasa. Betul kan…?

Bau najis yang busuk adalah petunjuk bahawa usus kucing kita tidak sihat. Bau yang sangat busuk adalahi tanda adanya masalah seperti infeksi bakteria dalam usus, gangguan pencernaan, atau masalah usus yang lain. Bukannya pasal nasi yer…

Mummy harap perkongsian ini bermanfaat dan kepada yang baru tau, selamat mendapat ilmu baru.

Sayangkan kucing seperti keluarga,
Mummykucing.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *