“Bang! Ini Mika punya makanan ni kan, Orked nak tanya.
Kenapa dia kena makan kat sini ek?
Tak makan sama-sama kita kat sana.
Orked syak mummy bagi dia makanan special la..!
Tak sedar diri Mika tu kan?
Dah la anak angkat. Betul tak bang?”
Errrrrr.. tapi Abang Shah, Abang Itop dan Orked pun anak angkat jugak kan..?
“Ehhh kita bukan anak angkat laaaa bang, mummy ada cakap, kita ni insan terpilih…..”
Oooooo yer laaaaaaa…. Kita insan terpilih…! ![]()
“Yer, Mika tu je anak angkat….”
Itu la agaknya perbualan 3 beradik mak bapak asing-asing ni…
Sebenarnya mereka nie cemburukan Mika. Mika tu kucing baru dalam family. Biasalah, lom kenal. Banyak prasangka. Dah kenal nanti elok ler…
Kucing pandai cemburu ker?
Kucing memiliki kecenderungan untuk menunjukkan perasaan cemburu. Mereka ada perasaan tidak senang atau mencoba menarik perhatian ketika pemilik mereka memberikan perhatian kepada haiwan peliharaan lain atau bahkan objek lain.
Tanda-tanda cemburu pada kucing adalah seperti seperti cuba mendekati kita saat memberi perhatian pada hal lain atau menunjukkan reaksi berlebihan seperti mendengus atau menghindari kontak dengan kita.
Penting untuk memberikan perhatian dan kasih sayang seimbang kepada kucing kita untuk mencegah perasaan cemburu kerana setiap kucing memiliki kepribadian unik, dan beberapa mungkin lebih cenderung menunjukkan cemburu daripada yang lain.
Salam Sayang… MummyKucing
#cemburu #mikakucingbaru #mummykucing

