
Ramai jugak tanya mummy.
Kucing kentut tak eh mummy?
So jom kita siasat hahahhahahhaaa….
Menurut interview mummy pada doktor vet, kucing macam kita jugak. Dia pun kentut hahhahahhaaa…
Ia sama jer macam kita, kentut sebab sistem penghadaman dalam perut yang bergas.
Kenapa perut bergas?
Sistem penghadaman bergas sebab makanan yang dimakannya. Sesetengah makanan yang dimakan mengambil masa yang lama untuk dihadam dan makanan yang tidak dapat dihadamnya di makan pula oleh flora/kulat, kemudia bakteria dalam ususnya bertindak ke atas makanannya serta mengeluarkan gas.
Nak tau apa puncanya?
Perut kucing tak berupaya memproses makanan bijirin yang banyak seperti nasi, gandum, jagung dan sebagainya. Tapi kalau kita nengok ingrediets makanan kibbles kucing yang premium dan super premium, ianya ada juga campuran bijirin juga cuma ianya diformulasikan untuk mudah hadam. Mungkin dari segi kuantitinya tak banyak karbo.
Tapi ada jugak yang kibbles murah-murah tu, karbo jerrrr lebih. Khasiat langsung tak der…… Itu yang selalu buat kucing sakit….
Cara mengatasi kucing kentut….
Berhenti berikan kucing makanan berasas bijirin yang sukar untuk dihadam. Jangan biarkan kucing anda makan dengan gelojoh (selalunya kerana terlalu lapar) sehingga ia makan terlalu cepat serta tidak sempat hadam. Berikan kucing anda makan sekerap yang mungkin tapi sikit-sikit dan akhir sekali berikan kucing anda prebiotik kerana boleh menambahkan bakteria baik serta membantu sistem penghadamannya.
Itu saja sharing hari nie….
Please aware la yer kalau kita perasan kucing kita sering kentut-kentut, maknanya sistem penghadamannya kurang baik. Puncanya lebih makan bijirin dan kekurangan protein.
Kalau perlu, berikan suplemen yang tinggi protein tapi pastikan ianya dari sumber protein sebenar.
Kalau nak mummy suggest, korang leh lawati www.mummykucing.com.
So, jaga kucing bebaik.. sebab kucing kan keluarga… meowwww
